Vidio di atas merupakan kisah tentang Igor Plotnikov, seorang perenang Russia yang kurang upaya. Dia dilahirkan tanpa sepasang tangan. Namun begitu, kecacatannya hanya menguatkan semangat dan ketekunannya bagi mencapai cita-citanya iaitu untuk menjadi perenang yang terkenal di dunia. Merujuk vidio di atas, Igor telah mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan di Israel. Dia telah mendemonstrasikan kebolehannya kepada orang ramai dengan sebaik mungkin. Pelatihnya, Nikolay Dubrovin berasa sangat bangga terhadapnya. Selain itu, Igor Plotnikov telah mengambil bahagian dalam pertandingan Paralimpik, iaitu pertandingan yang khas bagi olahragawan yang mempunyai limitasi dari segi fizikal dan mental. Dia telah memecah beberapa rekod dalam pertandingan tersebut.
Nikolay Dubrovin :
“He even encourages me. Because they (disabled) are so optimistic and love life so much, we, the healthy people, should learn from them. They are happy with every day. They appreciate every day of life and are grateful to God for giving it to them. Unfortunately we don’t understand it.”
Seperti kata-kata pelatih Igor, kita harus belajar daripada orang kurang upaya kerana mereka sangat optimistik terhadap hidup walaupun mereka tidak seperti orang lain. Mereka menghargai pemberian Tuhan dan bersyukur terhadap pemberian tersebut. Malangnya, kita sebagai orang yang sihat sejahtera tidak memahaminya. Kita juga patut rasa malu kerana ramai daripada kita tidak menghargai apa yang kita ada.
Saya telah memilih vidio ini kerana kita boleh mendapat pengajaran daripada menontoni vidio ini. Memang ketara bahawa jika kita berusaha dengan bersungguh-sungguh, kita boleh mencapai apa-apa sahaja yang diingini.
